I Miss you :(

Assalamualaikum >,< 
Peace yo !!!
Okeyy , sebelum tue cha nak bgtau semua yang Facebook Cha dh bole ON . Hihi , suka nya . Nak tau apa yang jadi dekat Facebook cha ? Okey click sini --> Apa suda jadi kau FACEBOOK 
Tajuk pagi nie tkda kena mengena dengan facebook okeyy . Hihi .

Cha sebenarnya rindu sangat-2 dekat angah . Dh seminggu tkjumpa & msj . Korang pecaya tak ? Sama-2 tkda duit nak topup . Hurmm ..
Nak jumpa pun payah . Sebab angah sebok dengan keja , Cha pulak habis masa depan lappy je ..

Bie , cyg rindu sangat-2 kat bie . Bie , cyg rindu nak meet macam dulu . Nak snap picture sengal cyg tue . Hihi . Nak makan sama-2 . G beli kasut & lain-2 . Hurm .. Bie , you je ad kat hati i . I harap you pn sama okeyy . You janji nak kumpul duit & kita akan nikah , macam yang dirancang oleh Family kita . Bie , cyg harap kita akan capai ap yang kita impikan okey . 

Okeyy la semua , Salam Terakhir dari : Maziah & Azan

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Share untuk KORANG SEMUA ^__^

Assalamualaikum . Td saja je tetiba ternampak benda nie kat facebook . so cha nak share untuk semua . 


SOLAT SUBUH ---> sekali anda meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat bersamaan 60,000 tahun di dunia

SOLAT ZUHUR ---> sekali anda meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat islam


SOLAT ASAR ---> sekali anda meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan BAITULLAH KAABAH di MASJIDIL HARAM MEKAH


SOLAT MAGHRIB ---> sekali anda meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri


SOLAT ISYAK ---> sekali anda meninggalkannya ALLAH tak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya





Okeyy la semua , selamat beramal okey . Assalamualaikum =)
Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Jom Review Blog Hdyhdyh

Assalamualaikum =)

Hari nie Hari jumaat kan ? Hihi , Kaum Adam cepat g Masjid . Hihi .
Blogwalking cha dh banyak hari tk update , tetiba jumpa "  Jom Review Blog Hdyhdyh " Hihi , so cha pn join la , dh mood hari nie boring sangat-2 . Okeyy , jom kita start . 


Cha dh follow blog Tuan punya Review tue . 
You all nak join , just click banner atas nie yee ..

Okey kata something untuk Review Blog Nurul Hidayah nie ialah :-

Blog anda cantik dah dengan warna Pink lembut .
Cuba anda kecilkan sikit page awak tue . Bia 6pak kemas , If awak rasa okey tkpyah k .
Tue je kot , Cha nie tkpandai nak kretik orang . Hihi . Hope anda tkmarah ye .
Sekurangnya saya join .

Kbai ..
Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

New Header :)

Assalamualaikum Semua ^__^
Semalam Cha terajin habis uat header . Hihi . tktau citer panjang .
 Nie header lama .. yang bawu simple je .
 Yeee , siap pun . Simple saja okeyy .
Kbaii ..
Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Dihantui !!

Assalamualaikum & Selamat Malam >,<


Hai semua , Malam nie cha sedih sangat-2 . Ya Allah air mata aku jatuh lagi kerana dia . Kenapa semua ini berlaku ? Apa salah aku kau buat aku macam nie :'(
Malam nie tetiba cha teringat time angah menduakan cha , Ya Allah time tue megamok sakan cha kat angah . Sampai menangis kami berdua . Hambik kau !!!
Mulakan cerita --> Air mata jatuh lagi , Hadoi !! :'(


Kisah nie lama dah , tapi selalu menghantui diri cha . 
Dulu masa angah tengah keja dengan Penang kn , dia kenal dengan seorang Betina nie , sory kasar sikit panggil betina sebab betina nie tkpenah nak hormat orang . Dh la ambik laki aku pastu maki-2 aku , sial betul . *Mula nak marah-2 aku nie . Senyum sikit cha :)


Masa tue cha keja dengan tempat lain , Jauh dengan tempat angah . Kami jarang jumpa , sebab masing-2 dengan keja . Cha tksyak apa pun mula-2 tue . Msj mcm biasa call pn mcm biasa , Tp lama kelamaan shif cha jadi siang yg angah shif mlm . Okeyy .. Bila dh shif lain-2 so time keja mana nak bole msj & call kn , so kat situ kami kurang msj & call mcm biasa 
Nasib depa baru kenal dalam 2minggu mcm tue . Myb Allah nak tunjuk pentunjuk , akhirnya terkantoi jugak , Masa raya haji tahun lepas .
Pagi-2 cha siap-2 bawa ketupat & rendang nak bg kat dia time pagi raya haji . Niat cha nak gembira tapi jadi sedih . Cha pegi uma dia time tue dia still dok tido lagi . Nasib ad bini kawan dia , cha sembang sambil tunggu angah bangun tido , Lepas dia bangun tido cha tergerak hati nak check phone angah , sebelum nie tkpenah pn , Tiba ad save nama ANA VANTURE . msj tkda tp yg panggilan masuk & call . Hadoi , angah muka lain terus . Cha tnya sapa ? Dia cakap kawan dia .. 
Cha dengan perasaan sakit hati time tue terus call Betina tue , & betina tue angkat n bgtau just membe . Okeyy , cha pun jadi slow balik . Duduk dalam sejam Betina tue bole msj kat 6be angah cakap macam nie " Hai azan , Dh sarapan ke ? Rndu la .. " Wow , panas balik keadaan masa tue , cha habis kuat air mata terus mengalir . Cha mengamok satu uma angah , sampai memb-2 angah & bini kawan angah semua tengok , depa sampai tk bole uat apa .
Angah tenangkn cha . Cha tetap dengan bebai cha sampai cha kepak sim dia . Puas hati cha .
Cha pukul dia sampai dia menangis . Padan Muka !!
Seminggu jugak la cha merajuk dgn Angah sampai dia sggup berhenti keja sebab tkmau lagi jumpa Betina tue . Alhamdullilah , akhirnya hubungan kami tiada masalah lagi . Tpi kejadian nie selalu saja mghantui diri cha . Cha selalu pk bukan-2 .


Okeyy la korang , Cha malas nak citer panjang takut ad yg tksuka .
Kbai >,<
Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Anniversary 1years with Him ♥♥♥

Assalamualaikum BlogWalking ^__^


Hai semua , Cha rasa bersyukur sangat bila tiba sangat yang dinantikan . Hihi , semesti Anniversary Cha & Angah . Okeyy . Cha tkda ap nak kongsi but Cha so happy sampai sekarang kami still sampai sekarang . Setahun tue bg Cha lama sangat . Sangat berMakna dalam Hidup Cha nie . Alhamdullilah buat masa sekarang tkda masalah antara kami . Anniversary kami tk sambut pun & tkda nak bg hadiah or apa-2 yg berMakna , just wish . Tue pn dh berMakna bg cha . Ya Allah , andai itu jodoh aku dengan dia , kau jodoh kan kami dengan cara yang HALAL . Aminn . Cha berharap menjadi isteri kepada Angah . Aminn .. Doakan Cha okey .. 
Sempat bergamba time kua date dengan Angah . 19022012 <--

Azan , Maziah berharap sangat-2 kita jadi suami isteri suatu hari nanti , Harap sangat-2 hubungan kita kekal selamanya . Ingin membina Masjid bersama . Maziah tetap akan kuat pertahankan hubungan kita ini walaupun banyak dugaan & cabaran yang datang , walau apa pun yang terjadi Maziah tetap nak kat Azan untuk selamanya . Maziah tkmau lagi disakiti & terbayang kisah lama yang suda lama Maziah buang & sekarang yang Maziah Mahu bina hidup bersama Azan untuk selamanya . Aminn ..


Okeyy lah kawan-2 , cha dh mengantok sangat nie . Hujan-2 pulak nie , tido compon lambat bangun . Hihi .
Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Jikala Kebosan Melanda ^__^

Assalamualaikum =)
Hai semua . Tengah buat ap tue ? Berhabuk je cha tengok blog nie . Myb sebok & tkda masa nak kemas kan . Okeyy , hari nie Mood bored . So nak update sat .

Baru-2 nie date with angah . Hihi . msti la happy kn . Hihi . Tkda ap nak citer pun . Just nak kongsi gamba dengan korang je . Hihi
 Nie lah akibatnya bila Mood tengah Boring & gila bergamba . Smestinya cha la yg suka bergamba . Si angah selalu bajet diri dia style Korea , wek ! tkbole blah btoi la . Hihi .
 Muhammad Azan Fatihi Bin Deraman 
&
Maziah Binti Baharum 
Taken : 19022011
P/S : Tarikh tue dh nak dekat la , nak bg ap kt angah ? Hadoi .

Okeyy la you all , byeee ^__^ 

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Contest : The Best Tag Line By Cart Kartika

Assalamualaikum =)


Okeyy , td baru lepas update contest " I Love You by Rizwan Ewan " Hihi , byk betul cha join contest hari nie , bole dikata 2contest & 1segmen . Hihi .
Ada orang ajak join , cha open je . Join habis ap yg ad . Hihi , #Excited nak menang kot . Hihi =)
You all nak join , just click banner cute tue okey . 

Okeyy , contest nie pasai Header la . wow , menarik tue . Mcm tahu-2 saja tadi cha tengah edit header baru untuk blog First cha . Hihi . Tag line cha simple je .
" senyum tanpa segan silu "
Maksud dia ialah , kita sebagai manusia sentiasa senyum , kerana senyum melambang tanda hormat kita setiap individu , wow agak excited jawapan yang cha bg kn . 
Senyum itu sedekah , salah kena nak senyum . Kasih hormat pada semua , tidak kira tua , muda , remaja or kanak-2 . okeyy , yang tu saja . Nak tengok header cha tk ? sorry tkda nice sangat . But header tue untuk blog first cha .
Nie lah header cha , sorry tkda yang menarik . Hanya ingin berkongsi . Nk singgah blog first cha just click header cha okey .

Ladies tag :-
Man tag :-

Okeyy , syarat semua cha dh turuti . Jum join contest ini . Selamat berjaya .


Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

CONTEST "I LOVE YOU BY RIZWAN EWAN"

Assalamualaikum =)
Hai semua , entry minggu nie banyak tentang contest la . Hihi . Cha suka sangat . Hihi .
Kali nie ditag oleh Kechik . Thanks ye Dear ^__^
Nak join contest ini , Hanya perlu click banner yang comel kat bawah nie .
Simple je Banner dia , but amat bermakna okey .
Tengah leka bermsj-2 dengan si dia tue , now dapat contest pasai orang yg kita sayang . Okey mai nak citer sapa la orang yang cha sayang tue . Hihi . 
Nie lah Capital A cha . Hihi . Aik , jangan tgok lama-2 nant cha hempuk seorang-2 , hihi .
Nak kata hensome , bg cha tkda langsung . Hihi , tp ramai cakap hensome . Sbb lesut pipit dia kot . Wek !! dia baca compom perasan habis . Hihi ^__^
Istimewa dia bg cha :-
Seorang yang panas baran , serius bila marah compon cha nages kena maki dgn dia .
Seorang yang Pelawak , Hihi . kadang tue uat lawak sampai air mata terkua . Hihi 
Seorang yg romantik , Huhu , paling best time dia pujuk , suara mcm bdk-2 . terus cha senyum .
Seorang yg makan kuat , bab makan serah kat dia . cha tkhabis dia la tolong habiskan , tksia-2 jmpa perut mcm dia . Hihi .
Seorang yg pandai masak , payah nak jmpa laki kaki masak , now cha dh ad . nnt dh kawin dia akan jadi org gaji cha . Hihi , just joke . Semua masakan dia cha dh try . Hihi *bole tahan jgk .
Cha bersyukur sangat dapat kenal dia . 19022012 nie tarikh yang bermakna bg kami - setahun couple . Hihi . Alhamdullilah semua baik-2 saja . 

Cha tahu korang mesti ada lagi baik yang cha dapat kan , ceciter sikit . Nk kongsi bersama . Hihi .
Mangsa Tag cha sapa ek ? Hihi , dh jumpa pn :-

Okeyy semua . Sampai kat sini saja . Selamat Mencuba ye ^__^

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

SEGMEN CIKMUN : FIRST POST AKU IN BLOGGING ?

Assalamualaikum ^__^


Okeyy , mood baik hari ini walaupun dh sekian lama tk update kat BW ini . Hihi . 
Nak tue dh berhabuk pun . 
Peace ( ! )
Tengah sebok bersihkan BW nie , tetiba ada adik comel Umie ini Tag kt kaka comel ini ( saia la tue ) *Perasan sekejap . Hihi =)
Okey jom mulakan bicara seterusnya . Iaitu Segmen CikMun
Banner Segmen CikMun . Comel la , Cha suka . 
Berminat & ingin tahu ap yg ad , just click Banner .

Persoalanya : First Post Aku dalam Blogwalking . 
Jawapannya :-

Mula-2 cha tktahu pn ap blog nie , Mula-2 sis cha yg ad blog ini . Pstu cha tertarik blog yg comel-2 . Mcm header & isi kandungan dalam blog . Cha mula berblogwalking Tahun lepas . Tarikh dia 14052011 . Hihi . Tapi tue kt blog First cha . Nie blog second . Blog first membe cha yg tolong editkan . Dulu cha tkpandai lgsung bab edit-2 blog . Pastu now dh byk BW yg sediakan Tuto mereka . so byk kegunaannya . Blog second pun sebab cha saja nak try edit sendiri . Akhirnya berhasil , tapi tksehebat blog lain-2 . Follower cha kt blog first pn bkn ramai sangat , Mklum la baru jejak dunia BW . Hihi .
Nak tau First post cha ? Kat sini ---> New update in BlogWalking 
Jemput sila dengan beradat membaca yg kurang menarik . Hihi .


Mangsa Tag :-

Hope yang lain turut join Segmen CikMun ini .

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

30 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu !

Assalamualaikum >,<
Okeyy . Perkara ni bukan Cha saja suka-suka jh nak kongsikan . Hihi . Tiba-tiba terjumpa entry yang menarik and rasa macam nak kongsi saja kat korang . Huhu >,<


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


So , Mcm mana ? Hebat kn .

Kredit to : Lyssa Faizureen 

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Tuka header :)

Assalamualaikum ,
Selamat Malam . 
Ari nie cha rajin la . Buat header ada gamba cha & angah . Hihi .
Sweet kn ? Hihi . Perasan betul .


Nie header yg lama . Okey kn . Saja ja nak tuka header baru . 


Header nie lagi comel kn . Sweet je ada Tuan punya badan kat situ dgn pasangannya . Hihi
Dh tkda ap nk oyak . Jum tweet-2 . Hihi . Bye 

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Teringat Bila tengok gamba lama ^__^

Assalamualaikum & Salam Jumaat .
Kaum Adam tue jangan dk online saja , g Sembahyang . 
Hihi .
Td bukak folder tetba terjumpa gamba lama kami masa kenal dulu . Hihi . 
Teringat pulak la kenangan bersama . Hihi .
Gamba nie masa keja sekali , Time nie baru nak kenal-2 . Hihi . Malunya . Snap oleh Cik Mira Nafi la nie . Hihi . Last-2 dia tag kt Fb cha . Adoi , malunya . Hihi 

Nie pulak , time kua g Sunway Mall . Hihi , Mimp apa tah pakai tudung . Hihi 

Pictue nie pulak , time nie lepas balik kenduri membe kawin . Hihi . Terus g Lepak kat Telok Molek . Hihi . Thank membe snap my picture with Him .


Nie Pulak time mysister wedding . Dia seharusnya datang . Hihi .

Time nie kat uma cha ada buat open House , Dia turut Hadir . Hihi


Sorry picture tk jelas . Gamba nie masa kami g mandi tepi laut , Dekat je pn . Hihi . 
R&R Bagan Ajam .



Gamba dua nie time date with myfriend & Him . Miss nak date macam nie lagi . Thank bie belikan Teddy Bear tue . Cha buh nama Bibi . Hihi .
Gamba-2 nie je terjumpa . Rasa ad lagi . Tp kat Phone Angah . Hihi .
Okey la guess . Byee :)



Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Tengah Happy jadi Sakit Hati :'(

Assalamualaikum .
Selamat Malam & Selamat Pagi .




Tadi masa pukul 9lebih macam tue , angah ada call cha . Kami sembang sampai dekat sejam macam tue . Hihi . 
Cha if cakap dengan angah bukan manja-2 pun . If korang mesti Manja-2 kan . Hihi . Cha tkpun . Cha selesa bercakap bahasa AkuHang / Mu / DemoKawe . Hihi . Tktau sebab apa . Angah pun cakap lebih kurang .
Kami if sembang suka cerita benda lama yg kami suka buat . Contoh :-


Angah dulu penah nak nages sebab tkdpt beli kasut PUMA . masa tue saiz kasut & warna yg angah nak tue dh habis . Muka lain terus bila tkdpt . Cha pujuk dia pun dia uat tk kisah . Tetiba cha teringat yg dia nak beli baju kemeja PADINI . cha pun ajak g butik PADINI tue . Tegok-2 baju yg dia suka saiz habis . Muka marah lagi . Tension angah masa tue . Dh la time tue bulan puasa . Saba ye syg . Hihi . Lastnya cha ajak g butik PDI pulak , dapat jugak baju kemeja yg angah nak , tp design yg angah nak tksama dengan yg angah cari tue . Tapi cha paksa suruh dia beli jugak . Datang nak shopping raya . Tkkn nak balik tangan kosong . Hihi . Lastnya angah ambik jugak . Sampai sekarang cha tklupa benda nie . Haha . Lawak bila dapat perli angah . Hihi . Tapi now baju nie angah buat pakai tido ja . 


Okey , tengah dok happy-2 tetiba aku bukak citer pasai BOHSIA nie . Hadoi . Mcm mana bole terkua pasai betina nie pulak . Kerana mulut habis semua kan . Cha Oh Cha . Pdn muka hang . Ambik !!! 
Dulu betina nie la kawan cha . Betina nie la selalu tolong cha . Tapi kebaikan yg dia tue hanya nak rosakan hubungan cha . Cha benci ada kawan mcm nie . 
Sedarlah diri tue kawan . Aku malu dpt kawan mcm hg . Dh ada suami pun dk p berzina dengan laki lain . Anak bia mcm tue ja . Rasa nak ambik , bru ambik . 
Walaupun laki hg jahat tara mana pun , Pikir lah Hg tue masih tanggungjawab dia . Jangan uat laki hg mcm tue . Hg nk yg trbaik utk laki hg , tp ap yg hg buat kt belakang dia ? Pikir la sama . Aku tktau nak nasihat mcm mana lagi kawan . Hg memang pandai belakon . Pengarah mana la nak ambik hg belakon nnt . Dh aku tkmau citer pasai hg , Sakit hati doe !!!


okey Bye .
Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Titipan Cinta ♥__♥

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :)

Cha mengharap Hubungan cha dengan angah berkekalan . Amin ...


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta .
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata .
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya .
Soal cinta adalah soal hati . Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita .
Soal hati tiada undang-undang . Apatah lagi paksaan .
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang , kalau ia tidak berbalas , sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan .
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta .
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain . Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar .
Cinta akan hidup bersama dengan waktu , apabila waktu itu mati , maka matilah cinta itu .
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum , sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi .
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita .

Ya Allah , hanya padamu aku berdoa & memohon jodohkan aku dengan angah , walaupun kami baru setahun kenal tetapi banyak dugaan yang kau beri kami tetap tempuh dengan apa jua untuk bersama . Ya Allah kau saja tempat aku berminta . Amin ..

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Rindu ^__^



Assalamualaikum & Selamat Pagi ^___^


Pagi nie awal jugak cha bangun . Saja ja bangun awal . Hihi .
Tetiba teringat kat angah . Dh bangun ke belum angah nie . 
Cha selalu pikir kan angah . Tktau sebab apa , myb telalu sayangkan angah .
Cha nak text angah but krdit cha dh RM0.00 . Hihi .
So cha tk text la angah . Cha terus bukak lappy cha nie . 
Bosan kn . Cha rndu angah . Nak text kerdit tkda .
Dalam bapa jam angah text cha , Ya Allah rndunya . Akhirnya angah text jugak . Angah ajak kua petang nie g karoke . Hihi . sukanya . 


Okey la , tkda ap nak bgtau . Tunggu citer kami keluar date okey . Hihi





Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

Bercinta semasa kerja sekali :)

Assalamualaikum BlogWalking ^__^
First cerita kat blog nie masa bunga sudah dipetik orang seorang jejaka :)
Malu pulak nak cerita . Hihi , Gatai betul la cha nie kan . 
Okey-2 .
First cha kenal dengan seorang lelaki semasa kami kerja sekali . YaALLAH myb jodoh cha dengan angah kot . Alhamdullilah ...
Cha tak tau pulak rumah angah dekat jugak dengan rumah cha , 
angah sebenarnya bukan kerja tempat cha , tetapi sejak nampak cha , angah nak g tempat kerja cha & mintak kerja kat situ . 
Mula-2 cha tk fikir apa pun tentang angah . Sejak angah dh start keja kat situ cha mula malu-2 . Hihi , maklum la hati dh suka .
Kami buat kerja pn tk jauh mana , mata bole bertentang lagi . Wow !!
Cha jadi rimas jugak angah selalu tengok cha time buat kerja , sampai cha jadi malas nak buat kerja . 
Tapi cha tetap jugak buat , takut kena marah dengan bos . Hihi .
Angah nie bukan asal negeri cha , dia orang kelantan . 
Dalam seminggu kami kerja sama , tkda tegur pun , just tegok-2 dari jauh je . Malu la nak tegur . 
Masa nak balik kami balik sekali la , naik bas sekali . Maklum kerja kilang je masa tue . 
Angah datang tegur atas bas . Cha diam je , Malu la . Angah senyum je & nak adjust . Haha , mula-2 tkda nak 6be cha . Sebab masa tue cha dh ad bf . Setia gila cha kt bf cha tue . Last-2 putus jugak .
Angah mesej kat kawan cha mintak 6be cha , sebab angah mintak kat cha tkdpt . Kawan cha bgtau cha yg angah mintak 6be , cha cm 80% nak bg ke tak . Hihi 
Cha sendiri call angah tnya nak uat apa 6be ? Pdhal dh tahu sebab ap . Haha .
Angah pujuk-2 nak 6be , lastnya cha bg jugak . 
Sejak cha kenal angah , Hati cha jadi tawar kat exbf cha , sampai cha mintak putus sebab tk tahan kena kongkong dengan exbf . 
Cha dengan angah pn couple . Mcm mna la bole termakan manisan yang angah bgi . Ayat apa la kn angah bg kt cha . Hihi ...
Now cha bahagia sangat-2 dengan angah . Dh nak setahun kami kawan . Cha setia habis kat angah , Serius hati nie sayang dia saja . 
I love you so much <3

Okey la korang semua . Setakat nie saja cerita cha . Cerita cinta tah apa-2 kn . cha tahu korang pnya kisah cinta lagi hebat . Cha just nak kongsi pengalaman je :) 

Okey Bye >,<

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey

New BlogWalking =,=

Assalamualaikum >,<

Blog nie saya dah edit apa yg patut , tkda la secantik blog korang semua . 100% hasil dari tangan saya sendiri . Belaja dari orang yang mmg suka bertutorial . Hihi .
Sebenarnya nie Blogger Second saya . Blogger First still guna , but blogger ini myb saya nak uat untuk jiwang or kisah cinta mcm tue , Hihi . 
Tksuka tk apa , Hanya ingin berkongsi pengalaman bersama anda semua .

Blogger yang first if nak tahu ap yang ad bole la click link kat bawah nie :-
http://chambbchokieystyle.blogspot.com/
Dh rasa nak follow , silakan & jangan lupa tinggal jejak anda kat cbox saya , Saya akan follow anda pulak ^___^ Adilkan , Hihi


Okey la korang semua . Kbye >,<

Thank you For Reading ^_^ Comments Okey